Wednesday, November 9, 2011

madah utk malam ini~

aral melintang..
ranting patah..
tersungkur rebah..
bangkit mengutip bebunga layu..
kesakitan..

9/11/2011-1.24am

Thursday, October 13, 2011

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Babi




gambar hiasan

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.


by: mediajer.com

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN!

ngee... balik ganung 27hb, 10.30pm.. 
ala lambatnya.. ;/
dh la sorang2 je nie..

Sunday, August 21, 2011

syukran Ya Allah..

segalanya telah selesai..
panjangnya langkah kaki melangkah masuk rumah..
tenangnya hati sepanjang masa..
wallahualam..
kenapa bperasaan smp begini..
thx Allah..
dugaan berakhir..

Saturday, July 30, 2011

cara korek rahsia~

cara?
try nie..
kutuk kaw2 bdk yg minah ni bnci dpn dye yg ko nk korek rhsia nie..
then kompem tkeluar smua crita..
ko pon angguk2, ckp je, ha, aku taw dh... (wlupun xtaw)
kompem... mcm2 crita dgr.
cis.. haha...

Sunday, June 26, 2011

NGO? OR SUMBANGAN? NEED IT FOR OKU!

salam.
sedang mencari dana utk PDK semenyih (oku).
mcari bdan2 NGO @ perseorangan yg sukarela ingin mberikan sumbangan..
tinggalkan no. contact utk sy call balik..
tq..

''beramal utk kelainan upaya mberi seribu kepuasan.."

jatuh cinta dgn blogger.

ni dye.
knp tcinta?
sbb aku cinta ilmu.
ilmu kebenaran.
bkn propa.
bkn hipokrit.

sem 6.

sem 6 yg sgt memenatkan.
still sama. G.6.1. tinggal 2 sem lg nk grad. *jgn main2, main2 kena tendang*
pgalaman lalu buat aku x main2.
buat aku matang. nk seyes blaja.
ye. seyes.
baru smnggu naik sem. mcm sbulan. bayangkn kena pegang mcm2 jwtn.
kena pk mcm2. kdg2 aku rs x adil. sbb otak aku je penat sorg2.
yg len nganga mulut tggu mknn siap..
sem ni, 2 mggu je study then praktikal 2bulan. gini2.

20/6-1/7- study @ mktb
4/7-26/8- praktikal @ sk.taman segar.
27/8-4/9-cuti raya
5/9-25/9- siapkan sgala fail prak, subjek2 yg ttinggal & perician projek PDK & GERKO.
26/9-30/9 - projek besar sukarelawan PDK semenyih.
3/10-31/10- myiapkan projek besar GERKO  (mganjurkan kursus kahwin utk budak maktab slama 2 hari)
1/11-6/11- study week, prepare 4 exam.
7/11-18/11-exam (maybe)
19/11-cuti sem.

so.. xde masa nk main2. grrrrrrrrrrr.....

Tuesday, June 14, 2011

tudung wanita beriman~~

Neesa' Syah
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Saturday, June 11, 2011

temuduga.

tgh mengemop lantai.
abg balik.
''eh ain, g la temuduga! 
ada temuduga kat blkg court tuh!
sume kejer ada!''
(dgn happynya...)

aku rasa nk pelekuk kepala dye..
MENTANG2LAH DH LAMA GILER AKU STUDY!!
~mop..mop... muka merah~

Kereta Mewah Tenggelam Dalam Banjir Kilat

Kereta Mewah Tenggelam Dalam Banjir Kilat

ngeh3... xde rezki. sabo jelah~

Friday, May 27, 2011

100 followers!!

toing... toing... toing....
dh 100 follower!
hajat nk bg present kt follower yg ke 100 tp.........
tunggula.. hehe...
now! holiday!
exam baru hbs!
nk g jalan2 dgn buah hati tcinta....
*wink2*

mood=hpy giler~

Monday, May 9, 2011

Tuesday, May 3, 2011

boring di maktab~

tolonglah bawa sy terbang! 
boring dh hari2 g kelas.... 
jiwa sy ttekan.. 
msuk kelas kena lecture, 
hadap papan putih, 
suasana sama, 
kipas krekk2 bunyi dgn lembap, panas..
mknn cafe yg x sedap, 
pusing sana sini 10 minit dh hbs round maktab.. 
apa slhnya bw kami hari2 belajar kt padang ke.. 
tasik ke.. times square ke... 
fahamilah naluri seorg student.. 
;(

Saturday, April 30, 2011

kata2 perlian aku 30.4.2011~

hdup ibarat roda...tp apa roda kamu?roda basikal shj @ roda kreta kebal tu? 
kalo roda kreta kebal mmg layak menasihati owg..
tp kalu roda basikal,fikir2 dahulu sblm bckp... 
dugaan hidup seorg manusia x sama dgn manusia lain.. 
umur kamu x mnentukan kuantiti dugaan & kpedihan hdup yg kamu rasa.. 
kadang-kala, anak yatim yg berumur 15tahun lbh matang & byk dugaan dr seorg mnusia biasa yg hdup dah 25tahun. 
renung2kan. 
kesimpulannya, jgn rs sbb diri lbh tua, ckp ko je sume btul. 
p/s: pesanan utk sume..

Friday, April 29, 2011

RATUDRESS mmg ratu!

perghhh...
td tgk kt chat, RatuDress ni mjemputlah masuk ke blog dye...
sbnrnya cik ecah kepoh ni mmg suka tgk dress2. lbh2 lg kalo murah & cantek.
yelah nk beli mahal2 xmmpu. 
lgpon beli mahal2 bukan owg taw kita pakai baju mahal.
pnh cik ecah beli tshirt yg agak mhl, lbh dr rm100 tp kualiti kain hambar! berbulu ok!
seluar pon pnh.. jean yg x brp jean. bbulu jgk...
so better murah2 sudeh... bio sebulu dgn kmampuan diri.. hahahha.. asal BULU glamor sgt nie.. hhehe..
ok! 
korang cek ni!
sbb cik ecah tgh nengok2 la nie... dh cop byk. hahhaha....
perghh.. cantek! gilo woi! bebelas2 hinggit pon ada! ni kalo kat butik mau RM49.90... RM59.90... pndek kata kurang sposen 10$ SAhaJA..
soo.. jommm! siyes cantek & murah! 
bukan PROMOTE OK? Ratudress xtaw pon cik ecah wat post camni. hahaha.... 
baru ENAMBELAS HINGGIT!!

Thursday, April 28, 2011

MENGAPA PIRING ‘ASTRO’ MENGHADAP KIBLAT?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?       KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.   Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.   "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.   "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.       Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.   "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya   Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.   Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..    

Tuesday, April 26, 2011

MANGKUK YANG PANDAI MEMBURUKKAN JAMBAN~

Nampak pic ni? marah giler kan? xnyempat2 aku balik kelas trus taip nih!


ya Allah ya Tuhanku.. aku x fhm btul perangai minah sorang nie.. knp la x serik2 lagi. dlu dsebabkan aku terasa dgn dye sbb dye kata aku BABI, dsebabkan aku xdgr dye panggil, skrg wat hal lg dah..... hampir setahun aku x btegur sapa sbb nk AJAR ckit cara hormat owg. dh byk owg terasa dgn dye ni. hr tu mber aku mngis sbb kata2 dye. hoiiii... bkn sorg mngis sbb ko la! bkn 10 owg terasa hati dgn ko la! agaknya ko ni nk kena suap dgn taik lembu gamaknya.. mlut haprak btul.. taw la anak manja... anak tunggal.. nk benda sume dpt... so ko ingt dgn ko burukkan owg sana sini, ko akan dpt kawan? dulu ko ckp jgn kawan dgn si W. nanti aku akan sakit kepala bila si W ni suke sgt mrungut2, cter hal peribadi, masalah dgn pkwe, bla3, W emosi la. BLA3. so what? dah itu perangainya? aku kawan je sumer. ko hasut aku JGN KWN DGN W. so aku wat bdoh. lps tu ko hasut plak  jgn kwn dgn si BLA3 pgai mcm BLA3.. BLA3... smp skrg ko mgata, mgutuk, mburukkan owg, menokok tambah cter.. wah, teror r ko beb.. mcm SYIAL pgai.. SMUA TAHU AKU JENIS X RAPAT SEMUA, AKU KAWAN SEMUA. so ko xkan dapat hasut aku la der... thenn... dsebabkan aku sound ko dalam FB kes ko sorang je htr asemen x bgtaw budak2 due dye, ko burukkan aku. weh, aku taw citer tulah... aku mls ambik port. tu cter BULAN LEPAS. ni cter HARI NI. citer BULAN LEPAS PNY, AKU DGR SMP HARI NI. kuat pgaruh ko der... mcm setan la bisik2 jew keje ko kan? citer kburukan owg. pastu ko citer kat HOUSEMATE ko. pastu HOUSEMATE ko citer kat owg len yg lansung xpenah kenal perangai aku. smp si tukang citer kat aku ni FIGHT dgn HOUSEMATE ko, aku bukan macam HOUSEMATE ko citer. camni la. si tukang citer ni sangat sangat sangat kenal aku. dh 4 tahun. susah senang air mata peluk aku sume dye dah nampak, dah rasa. KO & HOUSEMATE ko dgn x bersalah g crita benda bukan2. pastu tsebar.. tersebar.. TERSEBAR.. smp ke TELINGA AKU HARI INI. skali lagi, ni CITER BULAN LEPAS... dah lama.. sgt dasyat PYEBARAN yg MANGKUK ini lakukan. aku x salahkan MANGKUK ni jew. aku turut myalahkan MANGKUK2 ko yg ikot BONTOT ko mcm ****** kena ikat. sgt... sgt.. sgt.. memalukan! what d hell bila ko ckp aku mgata sedap mlut? meh nok royak nate weh.. aku sound bagi pihak LEBIH DARI 10 OWG YG SAKIT HATI DGN KO. so? aku sound benda betul, ko x peringatkan dekat sumer tarikh benda tu hantar bila & AKU & RAMAI LG XTAW PON DUE BILA. ko tahu, ko hantar siap2, ko diam sorang2. SGT MMENTINGKAN DIRI. buang jew group kelas tuh. macam hancing jew! bkerjasama konon. hakkktuihhh! bila aku sound, MGADU KT HOUSEMATE.. mgata aku macam2. aku JAHAT la.. aku PERAMPAS kawan baik ko la.. aku GARANG la.. aku blagak BKUASA SGT SMP SEMUA SUKA AKU LA... cani2.... xdinafikan aku BAGUS. BAGUS DLM MYAMPAH OWG MCM KO. DH LAMA SGT MYAMPAH NI.. cani jelah weh.... ko tengok jew sape sekeliling ko. ko tengok sape dsekiling aku. ko PANDANG PERANGAI ko.. KENAPA OWG LARI DR KO? KENAPA OWG XNK KAWAN DGN KO? KENAPA? SBB KO MANGKUK JAMBAN. 

*sigh*
semoga Tuhan memberi Hidayah kat ko.. biar sedar sikit semua owg terasa hati dgn ko... ish3...

Sunday, April 24, 2011

panasnya malam ni...

korang rasa benda yg sama x?
lokasi = cheras, k.L
cuaca = panas, tiada angin
suasana = suram

Thursday, April 7, 2011

3 minggu dah...

yeah! 
diam x diam dah hampir 3 minggu cik esah praktikal...
omg!
esok cik esah kena observe dgn lecturer puan alijah..
oh no!
walaupun puan baik... tp markah tu ssh jgk nk bagi... 
so...
cik esah kena lakukan terbaik!
ala... harap murid2 esok baiiikkkkkkk je sume..
tolong la yer murid2 sayang....
K3 plak tu.. kelas yg jarang masukkk...
omg.... 


p/s: peristiwa haru biru hari ni:
aku: "cikgu x bagi alia balik! dduk sini, jgn kua dr kelas! alia x buat keje sgt kn? xboleh balik!"
ckg xx: "alia mtk maaf dgn cikgu dulu k?"
alia: tundukkkk... muka dekk smbil pkai kasut.
2minit kemudian bila aku mula mlangkah.... tiba2....
aku: "ops, kenapa peluk cikgu ni lia?"
alia: ...... (peluk xnk lepas, habis cikgu2 tarik tapi x mau lepas..)
aku: ok dah2, cikgu maafkan... 
(xmau lepas jgk smpai akk PMM marah & tarik2 dye barulah lepas.. mau 10 min kena peluk x bnafas aku )


pengajaran: ........walaupun mereka istimewa... macam x faham apa kita ckp.. tp mereka faham hati kita... mereka peluk bila kita marah.. mereka cium bila kita sedih.. mereka gelak bila kita geram.. betapa istimewanya mereka....  murid2 pgubat hati cikgu... ;)

Saturday, April 2, 2011

sy nk beli ni....

cutting machine
laminate machine
binding machine.
sape taw?
area k.l, mn jual benda2 ni?

praktikal.

minggu pertama ok.. best!!
minggu kedua.. 
isnin ok. 
selasa ok.
rabu ok.
khamis ok. (setakat 9 hari aku dicop cikgu praktikal plg best & rpt dgn budak)
then...
jumaat.... aghhhhhhhhh! kena pantau dgn guru pmbimbing! on d spot tuh!
yg aku heran, knp mula2 ngajar murid ok?
bila cikgu tu masuk murid aku dh lemah2, xde mood?
bila cikgu tu kua, perghhhhhh... blumba2 siapkan kerja!
dh kena pot pet pot pet dgn cikgu tu, ada bnda yg ptt, ada bnda yg x ptt... akhirnya aku down..
kesimpulannya: first observe aku hampir failed. tq.

Wednesday, March 30, 2011

bengang.

xde apa yang paling membengangkan kepala otak aku bila bangun pagi je, rupanya bermimpi ttg owg yg nk sgt aku lupa. bkn aku mletakkn ranking dye pd tempat "insan plg myampah @ benci @ mluat o pape jew. tp bila dh ckp xnk ingt tu, dtg jgk mmg la aku bengang. aku mrh ni. bengang ni. sbb mmpikan dye, 1 hri mmpi tu duk tbayang2. dh selawat bdoa byk kali pon kalu muka dye nk muncul jgk, aku tampar muka guna kaki pon muka dye tetap muncul. ok. tu bengang. tp hasilnya lg membengangkan. 1 hari mood spoil. nk ngajar murid xde mood. kcian murid aku kena marah. bese dye wat pragai aku blh lg tahan. tp kali ni aku slamber badak g tarik kertas lukisan dye, x bg dye mwarna dh sbb wat prangai sgt. bese aku x mcm tuuuu...... aishhhhhhhh.... jauh2. aku xnk libatkn murid2 aku.... sori ammar syg.. dsebabkan tu jgk, aku x ngajar hr ni. RPH meletop siap. ABM siap bawak. LEMBARAN KERJA perghh, dh siap tunggu nk passing je. last2? x ngajar. pasang lagu bg budak nyanyi smbil melukis bebas. bagus x aku? tampar pp laju2! ish sapa plak call nie............. jap. 
ok.sambung citer. aku harap dpt lupakan sgalanya.. tolong jgn muncul dlm mmpi sy. tolong adik dye jgn add sy. tolong mak sdara dye kalu chat, jgn sebut psl dye. xde faedah pon. xkn tkesan pon pd hati nie. wsalam..

Sunday, March 27, 2011

kutuk mgutuk

kerap
byk kali
slalu
aku tgk minah ni men kutuk dlm fb slamba badak je
tp dye xkn mention owg tuh sp.
part tu ok la.
mjaga keaiban.
but 1 part.
bg aku... bg owg len lantak. aku dgr, trima or bangkang aku diam. itu aku.
ko kutuk owg sana sini. ko mgata sana sini.


kata kutuk pusing kiri kanan ingt hukum karma, x esok, lusa kena balik, x kita anak2 tkena~
peringtn shj. sekian.


peace!


gmbr xde kena mgena. sekian. ;p

mudah beralih sayang.

ok. aku dh nmpk 1 part.
masa baik dgn kita, kita la dye syg.
oh ye. sblm tu ini ppuan. muda. bkn lelaki. bkn pkwe. xkn nk ktuk laki je kn.
aku bkn nk ktuk. MLUAH JE.
but. kes lama. bila aku nmpk td, aku rs bengang. 
sblm ni tbentang blog aku dye paling syg. konon akak tsyg. 
then bila dh putus hbgn sama 'someone', si dye ni yg ala2 back up aku dlu pon dh hilang kemana.
so.. mmg jns ckp mnis. mudah beralih syg. wat baik for wht? for somethng myb?
bg aku, skli berhubungan, selamanya berhubungan. 
but if ada mnusia2 camni, kes ckit putus, kes ckit remove frenz, bla3.. 
so dgr cni. 
I DONT CARE. BLH G MAIN JAOH2 SKRG. ONCE AKU X BUAT TP OWG BUAT, AKU AKN INGT & NO MORE TRIMA LG. ADIOS~

Sunday, March 13, 2011

SURAT SEORANG REMAJA KEPADA PERDANA MENTERI KITA

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.


DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!? 



PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini. 

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini? Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia?

Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian? Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini?

Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.


Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.


Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.
SUARA RAKYAT


Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.


Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?


Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama. 
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?


Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?
REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.


Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

SUMBER: FACEBOOKSURAT UTK PM